comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak semerta November 2024 menokok 7.5 mata kepada 1,602, Disember 2024 meningkat 7.0 mata kepada 1,606, Mac 2025 melonjak 9.0 mata kepada 1,596.5 dan Jun 2025 menambah 8.0 mata kepada 1,604.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,342 lot daripada 5,769 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,449 kontrak berbanding 38,788 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 11.60 mata untuk ditutup pada 1,604.04 berbanding 1,592.44 pada Jumaat.  — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini