Tumpuan :
Detik Niaga

MySPR Semak, Anwar Ibrahim dan Wordle catat carian tertinggi Google Malaysia tahun ini

 

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Bantuan Keluarga Malaysia, MySPR Semak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wordle adalah antara yang mendominasi senarai carian Google Malaysia tahun ini.

Menurut Google Malaysia dalam satu kenyataan, tahun ini, khususnya bulan November, netizen banyak menggunakan ruang Google bagi mencari maklumat berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini menjadikan ‘MySPR Semak’, ‘Keputusan PRU 15’ dan ‘MyUndi’, menduduki antara 10 teratas carian google.

Perkembangan politik negara turut menaikkan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai personaliti tempatan dengan carian tertinggi.

Carian 10 tertinggi Google Malaysia 2022 (personaliti tempatan)

Selain nama perdana menteri, personaliti tv, Zalina Azman yang masih hilang menjadi personaliti tempatan dengan carian kedua teringgi.

Ini selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menduduki tempat tiga.

Carian 10 tertinggi Google Malaysia 2022

“Bola sepak sebagai salah satu sukan paling popular di negara ini telah menyaksikan ‘World Cup 2022’ berada di nombor tiga dalam senarai carian teratas ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk Piala Dunia, mengikuti pasukan kegemaran mereka,” kata Google Malaysia dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ‘Wordle’ adalah carian paling popular di seluruh dunia, dan menduduki tempat ke-enam di Malaysia.

Carian 10 tertinggi Google Malaysia 2022 (tempat menarik)

Manakala bagi kategori tempat menarik, ‘Genting Highlands’, ‘Lalaport’ dan ‘Pavilion Bukit Jalil’ merekod carian tiga teratas.

Lokasi pelancongan tradisi seperti ‘Cameron Highlands’ dan ‘Sunway Lagoon’ turut mendapat perhatian netizen.

Loading...
Terkini