comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Mohd Shamsor dilantik jadi Presiden baharu MAA

Mohd Shamsor Mohd Zain

KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024, susulan pemergian Allahyarham Datuk Aishah Ahmad pada Februari lalu.

MAA dalam satu kenyataan berkata, persatuan memilih UMW Toyota Motor Sdn Bhd sebagai Presiden MAA dengan Mohd Shamsor dilantik oleh UMW Toyota Motor sebagai Presiden baharu MAA.

Ia berkata, dua bekas Naib Presiden MAA, Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd (diwakili oleh Tan Keng Meng) dan Honda Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Sarly Adle Sarkum) kembali kepada jawatan masing-masing.

“Sementara itu, Sime Darby Hyundai Sdn Bhd (diwakili oleh Low Yuan Lung turut dilantik sebagai Naib Presiden; dan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (diwakili oleh Arman Mahadi) dilantik semula sebagai Setiausaha/Bendahari Kehormat,” katanya.

Melengkapkan pasukan kepimpinan bagi penggal 2023/2024 adalah lima ahli majlis yang dilantik semula iaitu Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd (diwakili oleh Derrick Sim), Isuzu Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh David Nah), Kia Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Datuk Samson Anand George), Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Hoffen Teh) dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (diwakili oleh Say Teck Ming).

Selain itu, Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd (dilantik oleh Syed Muzri Syed Faiz) dilantik sebagai ahli majlis baharu.

Mengulas permulaan kepimpinannya, Mohd Shamsor berkata: “Kami akan meneruskan banyak kerja yang baik dilaksanakan oleh Allahyarham Datuk Aishah, menegakkan hubungan kerja yang mantap bersama pihak berkepentingan utama seperti kementerian-kementerian dan agensi-agensi, selain media.

“Bersama semua ahli MAA, kami akan mengembangkan persatuan ini sehingga kukuh, demi kebaikan industri, masyarakat dan negara. Saya tidak sabar mendapat sokongan kukuh daripada semua ahli MAA dalam pada kami menyumbang kepada pembangunan mantap industri automotif negara.” — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini