comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Minyak sawit boleh cecah RM4,000 satu tan semula

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka melangkaui RM4,000 satu tan pada 2024 berikutan pengesahan impak daripada kejadian El Nino, demikian menurut RHB Investment Bank.

Bank pelaburan itu berkata untuk sepanjang baki tahun 2023, ia tidak menjangka harga MSM akan melebihi paras RM4,000 satu tan.

“Namun, pada 2024, kami menjangka harga MSM akan berada dalam lingkungan lebih tinggi berbanding paras semasa menjadi RM4,000 hingga RM4,500 satu tan, apabila kesan daripada El Nino mula menjejaskanproduktiviti pada separuh kedua tahun depan,” katanya dalam nota penyelidikan yang disediakan oleh pengalisis, Hoe Lee Leng dan Syahril Hanafiah.

RHB Investment Bank berkata, andaian kes asas bagi paras harga sedemikian adalah El Nino yang sederhana dan penyelesaian bagi masalah koridor bijirin sebelum akhir Oktober, iaitu apabila tempoh penuaian untuk tanaman bunga matahari Russia dan Ukraine tamat.

“Kami andaikan bahawa Russia dan Ukraine dapat mencari jalan untuk mengeksport barangan bijirin dan minyak biji mereka meskipun tanpa koridor bijirin berkenaan. Sekiranya dua andaian ini terbukti salah, kami perlu mengkaji semula andaian harga kami,” katanya.

RHB Investment Bank berkata, diskaun antara MSM dan minyak kacang soya (SBO) menguncup sedikit baru-baru ini kepada AS$543 satu tan daripada AS$650 satu tan bulan lalu, lantas sekali lagi menjadikan MSM kurang menarik berbanding minyak-minyak yang berdaya saing.

Sementara itu, katanya paras stok minyak sawit di negara-negara pengimport utama kini melepasi paras stok sebelum ini, sekali gus memberi kurang insentif untuk kegiatan penambahan stok, memandangkan permintaan sedunia yang rapuh.

Bank pelaburan itu menambah, permintaan asas daripada mandat biodiesel Indonesia tetap kukuh, manakala perbezaan minyak sawit minyak gas (POGO) yang positif buat masa ini menjadikan biodiesel satu pilihanyang munasabah dari segi kewangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini