comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Microsoft umum labur RM10.5 bilion di Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Transformasi digital Malaysia akan dipercepatkan lagi dengan pengumuman pelaburan oleh Microsoft hari ini berjumlah RM10.5 bilion (AS$2.2 bilion) dalam infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) untuk tempoh empat tahun akan datang.

Pengumuman pelaburan terkini oleh Microsoft itu juga adalah komitmen berterusan ‘Bersama Malaysia’ syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu sejak 2021, kata Kementerian Pelaburan, Perladangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan.

Ia berkata, pelaburan terkini itu juga bakal mentransformasikan Malaysia sebagai peneraju hab digital serantau dan menyasarkan melatih 300,000 rakyat Malaysia serta memperkasakan pertumbuhan ekonomi dan keterangkuman negara ini menerusi teknologi canggih dan inovatif.

Katanya, pelaburan komited Microsoft itu dibuat oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella ketika Forum Kepimpinan Nasional AI di Putrajaya hari ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita selanjutnya menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini