Tumpuan :
Detik Niaga

Mercury Securities laksana IPO ke Pasaran ACE

Chew Sing Guan bertukar dokumen perjanjian tajajamin dengan Ketua Pegawai Eksekutif PIVB Lee Yo-Hunn di Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Mercury Securities Group Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan Public Investment Bank Berhad (PIVB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) kumpulan yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Mercury Securities Sdn Bhd, terbabit dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga.

IPO itu membabitkan terbitan awam sebanyak 157.10 juta saham biasa baharu (saham terbitan) dan tawaran untuk penjualan 71.51 juta saham biasa sedia ada (saham tawaran) masing-masing mewakili 17.59 peratus dan 8.01 peratus saham terbitan Mercury Securities yang diperbesarkan 893,000,000 saham biasa semasa penyenaraiannya.

Saham terbitan dan saham tawaran akan diperuntukkan 44.65 juta saham terbitan mewakili lima peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, di mana 50 peratus daripadanya akan diketepikan untuk pelabur Bumiputera, manakala 22.33 juta Saham Terbitan mewakili 2.50 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan.

Manakala 45.47 juta Saham Terbitan mewakili 5.09 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

“Pelabur Bumiputera diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) 44.65 juta Saham mewakili lima peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI,” kata Pengarah Urusan Mercury Securities Chew Sing Guan di sini hari ini.

Loading...
Terkini