comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Menteri Pelancongan letak jawatan Pengarah Urusan Timberwell

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King.

KUALA LUMPUR: Syarikat pembalakan, Timberwell Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga adalah Menteri Pelancongan.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu menyatakan alasan peletakan jawatan King Sing adalah ‘disebabkan komitmen peribadi lain’.King Sing,

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, dilantik sebagai menteri pelancongan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Disember.

Beliau mula dilantik sebagai Pengarah Urusan Timberwell pada 19 Mac 2017.

Dari segi kelayakan, King Sing mempunyai Diploma Lanjutan dalam Pentadbiran & Pengurusan Perniagaan dari New Zealand National Institute of Higher Education; Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pentadbiran & Pengurusan Perniagaan daripada Institut Perniagaan dan Teknologi Diraja Ireland, Ireland; Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Sains Politik daripada Institut Perniagaan dan Teknologi Diraja Ireland, Ireland dan Doktor Kehormat dalam Pertanian dari Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan PingTung , Taiwan.

King Sing memiliki 23.8 peratus kepentingan dalam Timberwell pada 31 Mac tahun lalu, menurut laporan tahunan terbaru kumpulan itu.Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2022, keuntungan bersih Timberwell meningkat 24.5 peratus kepada RM3.02 juta daripada RM2.43 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Bagaimanapun pendapatannya turun 4.9 peratus kepada RM21.47 juta dalam tempoh dikaji daripada RM22.57 juta pada tempoh sama sebelumnya.

Loading...
Terkini