Tumpuan :
Detik Niaga

Matrade yakin capai RM1.5 trilion nilai eksport pada 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz (tengah) bersama panel jemputan pada Majlis MTC CEO Summit 2022. – FOTO NSTP

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Prospek aktiviti eksport Malaysia dijangka kekal memberangsangkan sekitar RM1.5 trilion melangkah ke tahun depan sepertimana momentum tahun ini dan tahun lalu meskipun unjuran pertumbuhan global yang perlahan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Matrade , Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, antara usaha agensi adalah untuk menembusi pasaran baharu seperti Mongolia dan beberapa negara Afrika selatan termasuk Ghana, Uganda dan Kenya.

“Kita jangan melupakan pasaran di negara ini juga penting kerana mereka mempercayai produk Malaysia dan memandangkan China masih menutup sempadan mereka, peluang meneroka pasaran di negara ini perlu dimanfaatkan.”

“Saya cukup optimsitik bahawa prestasi perdagangan Malaysia akan terus kekal di tahap mungkin kalau tidak melonjak sikit tetapi kekal di tahap yang sama pada tahun ini.Program Matrade ini semuanya berimpak tinggi dan kalau kita tengok prestasi export Malaysia ke luar negara hampir ke seluruh negara menunjukkan peningkatan.” kata beliau ketika ditemui di majlis MTC CEO Summit 2022 di sini, hari ini.

Kata beliau, kelebihan Malaysia selain nilai mata wang ringgit yang kompetitif, kuantiti eksport juga meningkat yang bermakna wujud permintaan tinggi bagi produk dan perkhidmatan Malaysia di peringkat global.

Dalam pada itu, Matrade juga optimis Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP) akan terus menyumbang kepada hasil eksport Malaysia serta mencapai prestasi lebih baik melepasi RM1.29 trilion eksport negara bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022.

Pendapatan eksport bagi syarikat pertengahan (MTC) juga meningkat dua angka iaitu 15.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dari segi impak sosio-ekonomi, lebih 4,000 pekerjaan baharu telah diwujudkan, termasuk pekerjaan mahir seperti jurutera dan jawatan teknikal yang menunjukkan satu lagi bukti kejayaan yang jelas buat MTCDP..

Loading...
Terkini