Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia tarik RM193.7 bilion pelaburan, FDI meningkat 15%

Foto: BERNAMA

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan RM193.7 bilion pelaburan diluluskan bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama jumlah pelaburan iaitu 67.5 peratus, naik 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,

Sementara, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang RM63 bilion.

Foto: BERNAMA

China mendominasi pelaburan asing dengan RM49.2 bilion.

Foto: BERNAMA

Lima negeri yang merekodkan pelaburan diluluskan tertinggi ialah Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak dan Kedah.

Pelaburan diluluskan sehingga September ini bakal menjana 98, 414 peluang pekerjaan baharu di Malaysia.

Foto: BERNAMA
Foto: BERNAMA
Foto: BERNAMA

Dalam tempoh ini, sektor perkhidmatan merangkumi 58.5 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan dengan nilai RM113.3 bilion.

Prestasi cemerlang sektor perkhidmatan telah melangkaui jangkaan bagi tempoh dikaji, dengan peningkatan 61 peratus, diikuti sektor perkilangan dan sektor utama.

Loading...
Terkini