comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia, Singapura teroka inisiatif pacu Zon Ekonomi Khas JS-SEZ

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Malaysia dan Singapura bersedia untuk meneroka beberapa inisiatif bagi memacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Kementerian Ekonomi Malaysia dan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura berkata inisiatif itu termasuk mewujudkan pusat perniagaan/pelaburan sehenti di Johor bagi memudah cara proses permohonan pelbagai kelulusan serta lesen yang diperlukan untuk membolehkan perniagaan republik itu beroperasi di Johor.

Malah, JS-SEZ akan turut memanfaatkan pertumbuhan Johor yang kukuh serta pelaburan penting Singaapura di rantau itu.

Pada 2022, Johor mencatat pelaburan bernilai RM70.6 bilion yang merentasi pelbagai sektor termasuk elektrikal dan elektronik, peranti perubatan, pengeluaran makanan serta pusat-pusat data.

Singapura pula merupakan pelabur asing kedua terbesar Johor bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 dan menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) negeri itu dalam sektor pembuatan.

Menyentuh inisiatif lain, kenyataan bersama itu berkata penerimagunaan/pelaksanaan sistem pelepasan kod QR tanpa pasport pada kad di kedua-dua pihak pula bertujuan memudahkan urusan pelepasan orang ramai di pusat pemeriksaan darat secara lebih pantas.

Pelaksanaan proses digital bagi tujuan pelepasan kargo di pusat pemeriksaan darat serta aspek mudah cara kerjasama tenaga boleh baharu Malaysia-Singapura dalam JS-SEZ, juga menjadi antara inisiatif awal JS-SEZ bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

Malaysia dan Singapura adalah rakan dagang kedua terbesar bagi satu sama lain pada 2022 yang menyaksikan dagangan dua hala tumbuh sebanyak 18.9 peratus tahun ke tahun kepada SGD$153 bilion.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini