Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia sasar RM1 bilion jualan bagi ICW & BuildXpo 2024

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.- Foto fail NSTP

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kerajaan sasar RM1bilionNpotensi transaksi jualan pada minggu pembinaan antarabangsa ICW dan BuildXpo 2024.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jualan ini akan dipacu sesi padanan perniagaan antarabangsa dari 10 pasaran termasuk China, Thailand, Indonesia, Singapura, Rusia, Zambia, Zimbabwe, Korea, Jepun, dan India.

“Kadar jualan semasa tahun lalu adalah dalam RM500 juta dan tahun ini kita sasarkan tinggi sedikit melebihi RM1 billion.Kita sasarkan nilai jualan tinggi sebab kita yakin dengan keadaan industri dan keadaan sektor pembinaan di negara ini buat masa sekarang,” kata beliau dalam sidang media selepas majlis pra-pelancaran ICW dan Bangunan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo 2024), siang tadi.

ICW dan BuildXpo yang akan berlangsung Oktober ini bukan sahaja menampilkan kemajuan teknologi malah turut mempamerkan peluang kerjaya bagi generasi muda.

Tambah menteri, masa depan sektor pembinaan bergantung kepada tarikan bakat baharu yang penting bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Beliau juga berkata ICW 2024 juga meningkatkan imej industri pembinaan malaysia di peringkat global dan menampil kelebihan kompetitif negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini