Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia-Pakistan tingkatkan kerjasama, perkukuh eksport produk sawit

Datuk Seri Johari di Port Qasim Authority, Pakistan hari ini.

Oleh: Afrina Romzi

KARACHI: Malaysia yakin Pakistan berpotensi menjadi hab penting bagi eksport produk sawit ke rantau itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Pakistan juga boleh memainkan peranan besar dalam menjamin bekalan minyak sawit yang stabil di rantau Asia Tengah.

“Ia sudah tentu memberi kita lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakistan untuk eksport produk kita ke Asia Tengah termasuk Afganistan, Takistan dan lima lagi negara dengan jumlah penduduk lebih 185 juta,” katanya selepas meninjau operasi di pelabuhan utama Pakistan, Port Qasim Authority, hari ini.

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama pengerusi pelabuhan itu, Rear Admiral Syed Moazzam Ilyas.

Antara yang dibincangkan termasuk kepentingan hubungan erat kedua-dua negara, selain potensi lebih kukuh dalam sektor logistik.

Beliau turut berkesempatan melawat beberapa syarikat usahasama Malaysia-Pakistan.

Ini termasuk Westbury Group (Pakistan) dan FGV Holdings, IOI dan KLK seperti Mapak Qasim Bulkers, Mapak Edible Oils dan FWQ Enterprises yang beroperasi di Port Qasim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini