comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia masih buru Jho Low – Johari

Jho Low

Oleh: Afrina Romzi

BANGI: Malaysia akan terus memburu Jho Low walaupun ahli perniagaan itu sudah mencapai penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata DOJ mempunyai penyelesaian tersendiri dan tidak berkaitan dengan tindakan kerajaan Malaysia.

“Kena bezakan tindakan Malaysia mencari Jho Low ini satu benda yang berasingan dengan DOJ. DOJ ini ada tindakan jenayah tersendiri terhadap Jho Low, sebarang tindakan itu hak mereka. Tetapi apa-apa sahaja pemulihan yang mereka buat akan bagi balik duit itu kepada Malaysia,” jelas beliau kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Pemindahan Teknologi Sawit Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Datuk Seri Johari menambah isu pokok ketika ini, adalah mengenai perjanjian penyelesaian yang telah dibuat antara kerajaan sebelum ini dengan Goldman Sachs.

Bank pelaburan berpangkalan di New York itu sudah membayar A$2.5 bilion kepada Malaysia. Bagaimanapun, mereka masih belum memenuhi jaminan pemulihan aset A$1.4 bilion kepada kerajaan.

Baru-baru ini, DOJ melaporkan bahawa ia telah mencapai persetujuan, menyelesaikan dua kes sivil, dengan Jho Low, ahli keluarganya, dan entiti amanahnya.

Antara lain pihak terbabit bersetuju untuk bekerjasama dalam pemindahan ke Malaysia beberapa aset lain di Hong Kong, Switzerland dan Singapura yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Menurut DOJ, perjanjian itu menyelesaikan tindakan sivil terhadap sebuah apartmen mewah di Paris, dan karya seni di Switzerland oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet, yang dibeli Jho Low dengan nilai sekitar AS$35 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini