comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia mampu menjana 2,800MV tenaga boleh baharu hasil sisa buangan kelapa sawit

Datuk Seri Johari ditemui selepas melawat pameran di OFIC 2024

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu menjana 2,800 megawatt (MV) sumber tenaga boleh baharu hasil daripada sisa buangan kelapa sawit dalam tempoh setahun.

Menteri Perladangan dan Komoditi , Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ketika ini hanya 20 peratus daripada 446 kilang memproses kelapa sawit yang turut memproses sisa demikian bagi menjana tenaga.

“Satu kilang memproses kelapa sawit boleh menjana 5 megawatt. Contoh kalau 400 kilang, sudah ada 2,000 megawatt tenaga boleh baharu, tenaga hijau yang boleh kita dapat daripada sisa ini.”

“Kos untuk membina loji jana kuasa bagi menjana 2,000 megawatt hari ini memakan kos antara RM8-9 bilion. “kata beliau apabila ditemui selepas melawat pameran di Kongres Minyak dan Lemak (OFIC) 2024 anjuran Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Masak Malaysia (MOSTA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini