comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia komited tingkat nilai dagangan eksport komoditi dengan China

KUCHING: Malaysia komited untuk meningkatkan nilai dagangan eksport komoditi negara dengan China yang merupakan antara rakan dagang terbesar negara menerusi misi lawatan ke negara tembok besar itu mulai Ahad ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lawatan itu merupakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan September lalu yang antara lain bagi meningkatkan persefahaman dagangan dan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Misi utamanya berhubung kait dengan komoditi kita iaitu perdangangan antara Malaysia dan China khususnya melibatkan komoditi kelapa sawit.

“Itu merupakan salah satu misi kita di samping perkara-perkara lain termasuk misi perdagangan dan misi perhubungan dua hala untuk kita merapatkan lagi perhubungan di antara Malaysia dan China,” katanya.

Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan Ke-51 Komoditi Lada Antarabangsa dan Pameran Rempah-Ratus Antarabangsa  (IPC ASM ISE) 2023 di sini.

Beliau berkata,China merupakan pengeksport terbesar komoditi kelapa sawit negara dengan nilai eksport tahun lalu memcecah RM14 bilion.

Katanya, terdapat peningkatan pemintaan jumlah eksport yang konsisten terhadap produk minyak sawit serta komoditi lain oleh pengguna di negara tembok besar terbabit.

Pada masa sama satu memorandum persefahaman turut ditandatangani antara syarikat komoditi negara, Sime Darby dengan sebuah syarikat dari negara China sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pemasaran produk komoditi Malaysia di China.

“Mudah-mudahan akan berlaku peningkatan yang konsisten (nilai dagangan Komoditi Malaysia-China) namun kita kena tunggu hingga hujung (Disember) untuk mengetahuinya,” katanya.

Loading...
Terkini