Tumpuan :
Detik Niaga

LIMA’23 tarik delegasi peringkat tinggi Itali

KUALA LUMPUR: Kedutaan Itali dengan kerjasama Agensi Perdagangan Itali (ITA) dan Pejabat Atase Pertahanan telah menyelaraskan kehadiran negara itu ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang turut dihadiri delegasi peringkat tinggi.

ITA berkata penyertaan Tentera Laut Itali dan industri pertahanan Itali menyediakan platform untuk meneroka kerjasama baharu selain meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

“Ini merupakan peluang penting bagi Itali dan Malaysia untuk mempamerkan keupayaan mereka termasuk memupuk perkongsian strategik dalam sektor penting ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata Tentera Laut Itali akan mempamerkan kapal perangnya yang canggih, “Francesco Morosini”, yang telah dibaptiskan beberapa bulan lepas.

“Kapal seberat 6,400 tan dan sepanjang 143 meter ini merupakan kapal kedua daripada tujuh buah kapal dan akan berlabuh di Pelabuhan Langkawi pada 24 Mei 2023,” katanya.

ITA berkata industri Itali akan mempamerkan pelbagai teknologi canggih pertahanan termasuk daripada industri tentera laut dan aeroangkasa.  ”

Pavilion ’ITALIA’ akan menampilkan syarikat terkemuka Itali seperti Teknel, Sigma Consulting Srl, Elettronica Group dan Electron Source Co,” kata ITA.

Pengunjung akan mengalami fungsi, prestasi serta kualiti produk buatan Itali melalui paparan interaktif, demonstrasi dan simulasi di pavilion yang terletak di Dewan B Booth No. B19b, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi.

Sementara itu, Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico berkata penyertaan negara itu dalam LIMA’23 menunjukkan komitmen Itali yang tidak berbelah bahagi untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang strategik pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Kami berharap dapat meneroka kerjasama baharu pada acara penting ini dan mempamerkan kepakaran serta keupayaan Itali yang canggih sebagai pemain di peringkat global,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini