comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

LHDN dijangka laksana E-invois bermula 1 Jun 2024

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan untuk melaksanakan sistem e-invois kepada kumpulan pertama pembayar cukai secara mandatori, selewat-lewatnya 1 Jun tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata kumpulan pertama itu dijangka membabitkan syarikat besar yang mempunyai kadar pusing ganti tahunan melebihi RM100 juta.

Mengulas lanjut katanya, sehingga kini LHDN sedang dalam proses membangunkan infrastruktur membabitkan teknologi maklumat (IT) bagi memastikan sistem e-invois itu dapat dilaksanakan berdasarkan tempoh masa ditetapkan.”Kita sudah ada tempoh masa bagi pelaksanaan ini… sekarang ini kita sedang membangunkan infrastruktur kerana akan ada hubungan antara sistem perniagaan dengan LHDN, kalau mereka keluarkan invois, akan ada rangkaian dengan LHDN dan sebagainya.

“Perancangan kita terhadap kumpulan pertama, bermula selewat-lewatnya 1 Jun 2024, tetapi kalau kita boleh siapkan struktur lebih awal, mungkin ia akan jadi projek perintis dulu namun kita akan jadikan ia mandatori mengikut jadual pada Jun tahun hadapan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Terdahulu, Mohd Nizom menyampaikan plak penghargaan kepada 55 agensi media melalui Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media LHDN, hari ini.

Bulan lalu, LHDN bercadang memperkenalkan inisiatif baharu dikenali e-invois bagi memudahkan pembayar cukai menyimpan dan mengawasi rekod kewangan masing-masing.

Pada masa sama, Mohd Nizom berkata, pemilihan syarikat besar sebagai kumpulan pertama adalah berikutan mereka sudah mempunyai sistem dalam organisasi masing-masing, sekali gus tidak perlu membangunkan sesuatu yang baharu bagi tujuan pelaksanaan e-invois.

Loading...
Terkini