comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

LGM perkenal program TARGET untuk tingkat pendapatan pekebun kecil getah 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperkenalkan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata program TARGET ditubuhkan dengan cara memendekkan rantaian bekalan dan melibatkan mereka di peringkat penghasilan bahan getah tambah nilai serta penghasilan getah yang lebih berkualiti.

“Ia melalui Konsep Koperasi Pekebun dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan dan Pusat Pengumpulan Getah Krip (PPGK).

“Dengan cara ini ’diskaun’ atau keuntungan peniaga getah dapat dipulangkan kepada mereka melalui harga belian yang lebih tinggi,” kata LGM.

LGM berkata bahawa seramai 221 pekebun telah mula menerima insentif hasil dari jualan getah sejak 13 Jun 2023 sehingga 31 Julai 2023.

“Sejumlah RM4,500 insentif telah diagihkan kepada mereka pada 17 Ogos 2023.

“Dengan program inkubator sebegini, LGM berharap ia akan menjadi model dan rujukan agensi, syarikat dan koperasi pembeli getah untuk penghasilan getah tambah nilai krip dan bagi mendapatkan pulangan pendapatan yang lebih tinggi,” katanya.

Loading...
Terkini