comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Lebih RM380 juta transaksi mencurigakan dihentikan hasil langkah kawalan institusi kewangan

Datuk Seri Amir Hamzah bersama pemegang taruh institusi kewangan pada majlis pelancaranmelancarkan Portal Fraud Kebangsaan.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Lebih RM380 juta ringgit transaksi mencurigakan dapat dihentikan hasil langkah kawalan institusi kewangan. Ke arah memperkukuh langkah pencegahan aktiviti scam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Rang Undang-Undang Keselamatan Digital akan dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini.

“Rang Undang-undang ini bertujuan memperkasakan pihak penguatkuasa untuk menghentikan cubaan penipuan pada peringkat awal dalam platform digital.

Setelah diwartakan, Rang Undang-undang ini juga akan memberi kuasa kepada agensi berkaitan untuk membentuk kod amalan dan menjalankan siasatan bagi mencegah penipuan daripada berleluasa.” kata beliau dalam ucapan perasmian Portal Fraud Kebangsaan siang tadi.

Tambah beliau, pindaan terbaru Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah juga meningkatkan keupayaan agensi penguatkuasaan undang-undang, seperti Polis Diraja, untuk menangani jenayah siber.

Beliau berkata dalam ucapan perasmian Portal Fraud Kebangsaan siang tadi.

Platform berasaskan teknologi ini dapat mengesan, mengesahkan dan menjejaki aktiviti penipuan yang dilaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

“Tindak balas pantas adalah teras untuk menghalang dana yang dicuri daripada dikeluarkan dari sistem kewangan, justeru meningkatkan kemungkinan pemulangan.

Sejak peringkat rintis, National Fraud Portal telah mengurangkan masa menjejaki transaksi penipuan hingga 75%, dan meningkatkan jumlah purata bulanan dana dibekukan (atau ‘earmarked amount’) oleh institusi kewangan sebanyak 28% atau RM4 juta.” tambah beliau.

Portal ini juga disokong akses kepada data berkaitan akaun keldai daripada seluruh industri kewangan.

Dengan kewujudan protokol pengendalian akaun keldai, kadar pengesanan pemegang akaun keldai telah meningkat sebanyak 14 peratus.

Dalam pada itu, Bank Negara telah mengeluarkan dasar bagi memastikan layanan mangsa penipuan dengan lebih adil.

Dasar ini menggariskan tanggungjawab institusi kewangan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes penipuan, serta menekankan tanggungjawab bersama dalam kes  membabitkan kecuaian institusi mahupun mangsa.

Pendekatan ini lebih adil kerana ia mendorong institusi kewangan  untuk terus memperkukuhkan kawalan keselamatan, dan pelanggan pula untuk lebih berwaspada.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini