comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Lebih 7 juta rakyat mohon eMADANI dalam tempoh 9 jam

Foto hiasan / NSTP

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan telah menerima lebih 7 juta permohonan kredit RM100 eMADANI setakat jam 5:00 petang hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan masalah teknikal yang dialami pada awal pembukaan pendaftaran eMADANI telah berjaya ditangani dan kembali berfungsi seperti biasa.

MoF juga ingin mengingatkan, permohonan program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024. Oleh yang demikian, penerima eMADANI masih mempunyai tempoh yang panjang, iaitu lebih daripada dua bulan untuk membuat pendaftaran melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

 

Bagi penerima yang memenuhi syarat kelayakan dan telah melalui proses verifikasi ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) semasa pendaftaran, mereka akan menerima kredit RM100 eMADANI di dalam e-dompet dalam masa 1 hari sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Program eMADANI adalah satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Loading...
Terkini