comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Lebih 20 fungsi pekerjaan dalam sektor kewangan bakal terjejas, impak transformasi digital

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. FOTO: NSTP

Oleh: Amanda Lopez

Lebih 20 fungsi pekerjaan dalam sektor kewangan merentas semua peringkat pekerjaan bakal terjejas dengan impak transformasi digital.

Menurut Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, ini tidak menghairankan kerana kecerdasan pintar AI dipercayai akan menjadi pemacu utama perubahan masa depan kerja.

“Dengan potensinya yang luas untuk mencipta peluang baharu dan menambah kebolehan manusia, AI Generatif diramalkan akan merevolusikan 70% tugas berat teks dan data menjelang 2025, dan ini menurut Gartner” kata beliau dalam ucapan pada majlis pelancaram Rangka Kerja Kemahiran Masa depan (FSF).

Inisiatif yang diterajui oleh AICB dengan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia serta Institut Insurans Malaysia.

Katanya, sektor kewangan adalah majikan penting, menyediakan pekerjaan berkualiti tinggi kepada ramai warga tempatan..

“Walaupun usaha berterusan untuk mendigitalkan operasi, tenaga kerja sektor kewangan berkembang hampir 3% dalam tempoh dua tahun lalu, dengan kebanyakan peluang pekerjaan disasarkan kepada pekerja berkemahiran tinggi, dengan purata lebih 95% daripada jumlah kekosongan pekerjaan dan jawatan yang baru diwujudkan.”

Ini menekankan keupayaan sektor kewangan untuk seiring dengan perubahan dalam persekitaran operasi, membolehkannya kekal sebagai pencipta pekerjaan bersih.

Menurut Datuk Abdul Rasheed, sekitar 168,000 individu yang bekerja dalam sektor kewangan mesti dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul.

Dengan itu, FSF adalah agenda penting untuk melindungi sektor ini pada masa hadapan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini