comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kuwait Finance House Berundur Dari Malaysia

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kuwait Finance House (KFH) mengambil keputusan untuk berundur secara sukarela dari pasaran Malaysia selepas 19 tahun.

Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian semula strategi perniagaan antarabangsa kumpulannya.

Dalam satu kenyataan, KFH akan memastikan proses peralihan berjalan lancar dan tidak menganggu perkhidmatan kepada pelanggan, pekerja, dan rakan kerjasama.

KFH malaysia sedang pertimbang menjual sebahagian segmen portfolio tertentu kepada pembeli yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Katanya, fokus kumpulan kini kepada mengembangkan perniagaan di pasaran majlis kerjasama negara Arab Teluk atau GCC dan Asia Barat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini