comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KSP RMK12: Kerajaan umum RM60 juta dana pembiayaan peluang kedua PKS

Kerajaan memahami masih banyak perniagaan yang belum pulih sepenuhnya seusai pandemik COVID-19, terutamanya perusahaan mikro yang mudah terjejas, yang merangkumi 79% daripada keseluruhan PMKS di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seramai 7.25 juta guna tenaga PMKS telah terjejas susulan dampak pandemik ini dan kerajaan juga terus memperkasa PMKS menerusi peningkatan skala perniagaan serta penyertaan dalam rantaian bekalan domestik dan global.

“Seterusnya, Kerajaan akan menyediakan RM60 juta dana pembiayaan peluang kedua kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan inovatif dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk bangkit semula daripada kegagalan dan terus menyumbang kepada ekonomi negara” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Penerimagunaan teknologi dan pendigitalan serta peningkatan kegiatan R&D dan daya cipta akan digalakkan agar PMKS dapat meningkatkan produktiviti dan kekal berdaya saing. PKMS juga akan didorong untuk mematuhi keperluan ESG bagi menjamin penyertaan dalam rantaian bekalan global yang mampan.

Loading...
Terkini