Tumpuan :
Detik Niaga

Kontrak tamat: Pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi – Gabenor BNM

Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus/Gabenor BNM.- FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi kedudukannya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau yang mula menjawat Gabenor BNM sejak 1 Julai 2018 itu hanya menyatakan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.Mengikut rekod, kontrak Nor Shamsiah akan tamat pada 30 Jun ini.

“Izinkan saya mengakhiri dengan mengatakan bahawa ‘affinity’ untuk berkhidmat kepada negara adalah tanggungjawab dan keistimewaan.

“Mari kita biarkan (pengumuman rasmi) sahaja,” katanya pada sidang media prestasi ekonomi suku pertama 2023 di sini hari ini.

Nor Shamsiah menjadi wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor bank pusat berkuat kuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2018.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada 15 Jun 2018.Nor Shamsiah menyertai BNM pada 1987 dan berkhidmat di pelbagai bahagian termasuk perundangan, dan garis panduan sektor kewangan.

Beliau juga terbabit secara langsung dalam mencari penyelesaian krisis kewangan Asia 1998 serta memainkan peranan penting dalam pembentukan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Hala Tuju Sektor Kewangan (2011-2020).

Loading...
Terkini