comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kolaborasi Media Prima Berhad dan Hunan Broadcasting System terbitkan program ekslusif

Oleh Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) mengumumkan kerjasama strategik dengan rangkaian media terbesar China, Hunan Broadcasting System untuk menawarkan pelbagai program ekslusif kepada penonton di kedua-dua negara.

Gabungan dua konglomerat media terbesar itu sekaligus mencipta sejarah tersendiri menerusi penerbitan kandungan menarik secara usahasama pada masa hadapan.

Kerjasama strategik itu diumum oleh Pengarah Urusan Kumpulan MPB Rafiq Razali ketika Majlis Supernova Screening 2022 di ibu negara, malam tadi.

“Kerjasama ini merupakan satu anjakan paradigma terhadap industri penyiaran antara Malaysia dan China.Hunan Broadcasting System adalah salah satu kumpulan media terbesar di China. Kolaborasi ini bakal melakar sejarah apabila MPB akan memulakan pengembaraan baru bersama stesen penyiaran berkenaan” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Setiausaha Bahagian Asia Timur, Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Tariq Sufian dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Senator Datuk Seri Zuraidah Musa.

Turut hadir,  Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima & Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Datuk Michael Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Mango Media Sdn Bhd, Datuk Ge Yamei.

Antara program bakal diterbitkan program realiti fesyen pertama di Malaysia, My Fusion Way dan Shila Amzah Masterclass Musim 2.

Seiring dengan kolaborasi ini, saluran 8TV turut menyediakan beberapa slot khas untuk siaran program popular terbitan Hunan Broadcasting System seperti Twenty Your Life On 2, My Fireworks On Earth, Infinity And Beyond dan Sisters Who Make Waves Season 3.

Loading...
Terkini