comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kira-kira 40% ahli PPIPBM masih belum menerima kad fleet

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40% ahli Pengilang Bumiputera Kecil dan Sederhana (PPIPBM)  masih belum menerima kad fleet bagi mendapat subsidi diesel.

Persatuan itu turut menggesa kerajaan memperluaskan kategori penerima kad fleet ini kepada pengeluar produk pembinaan dan usahawan mikro.

“Ada yang mendapat maklum balas lewat , ada yang memohon tetapi ditolak permohonan. Justeru, proses itu kena mohon semula. Jadi masa itu, kita perlukan bantuan daripada kerajaan.” menurut presiden PPIBPM Datuk Azman Yusoff ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 persatuan itu, siang tadi.

PPIBMP yang mewakili lebih 2,500 usahawan bumiputera, mendakwa ada ahli yang mengalami kenaikan kos bahan mentah antara 10 hingga 30 peratus berikutan pengapungan diesel.

“Pembekal yang memberi peralatan ataupun menghantar bahan mentah kepada industri pengilangan pun janganlah ambik kesempatan ke atas kenaikan harga atau ke atas subsidi yang ditarik itu.” tambah beliau.

Sementara itu, pengusaha kecil juga terasa beban kerana kebanyakkan mereka menggunakan kenderaan persendirian yang tidak layak menerima subsidi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini