comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Khazanah Lantik Zainal Abidin Putih Sebagai Pengarah

Khazanah Nasional Bhd telah melantik Datuk Zainal Abidin Putih sebagai ahli lembaga pengarahnya, berkuat kuasa 16 November 2020.

Zainal juga akan menganggotai jawatankuasa lembaga bagi audit dan risiko, kata Khazanah dalam satu kenyataan hari ini.

“Pengurusan dan kakitangan Khazanah ingin mengucapkan selamat datang kepada Datuk Zainal, dan kami berharap dapat terus bekerja rapat dengan lembaga pengarah yang dipimpin oleh pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam menggalas mandat untuk membangunkan kekayaaan jangka panjang Malaysia,” kata Khazanah. – Bernama

Loading...
Terkini