comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kewangan Islam miliki potensi besar yang belum direalisasi: BNM

Abdul Rasheed berucap pada pembukaan KLIFF 2023 di Kuala Lumpur, hari ini – Foto BERNAMA

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu merealisasikan potensi penuh kewangan Islam sebagai instrumen perubahan yang bermakna.

Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata ini merangkumi ruang yang luas untuk inovasi produk dan perkhidmatan.

‘Kita mempunyai pelbagai kontrak dan instrumen Shariah yang boleh disesuaikan dengan penyelesaian yang boleh memenuhi pelbagai keperluan bagi pelbagai segmen masyarakat. Dalam kewangan Islam, kita mempunyai keupayaan untuk “menggabungkan kewangan” menggunakan pelbagai bentuk modal seperti modal dermawan dan modal risiko.” katanya pada pembukaan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-18 (KLIFF 2023) di sini, hari ini.

Jelasnya, kewangan Islam juga berpeluang memainkan peranan penting dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) yang memerlukan RM1.4 trilion.

Terdapat juga peluang signifikan kewangan Islam sebagai pemangkin dalam memenuhi keperluan pembangunan negara.

Ini melalui instrumen seperti sukuk, pembiayaan bersindiket dan pembiayaan gabungan berskala besar.

Gabenor bank pusat berkata, salah satu alat yang tersedia untuk bank Islam di Malaysia memanfaatkan ialah Akaun Pelaburan (IA) kepada pelaburan yang didorong oleh impak perantaraan.

Beliau berkata, industri boleh menggerakkan sumber pembiayaan baharu dengan lebih aktif sambil mengembangkan aset asas yang dibiayai oleh IA ke arah projek sejajar Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Katanya, ciri-ciri IA boleh menjadi serba boleh, yang mana ia juga boleh ‘berpadu’ dengan mekanisme kewangan sosial, mengambil inspirasi daripada inovasi terkenal dalam struktur sukuk-Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

Pada majlis pembukaan rasmi forum itu, Datuk Shail Abdul Rasheed juga melancarkan myWakaf 2.0.

Loading...
Terkini