comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ketidakseimbangan pemintaan, bekalan beri tekanan terhadap industri lada

KUCHING: Ketidakseimbangan pemintaan dan bekalan yang ketara terhadap industri lada terus menjadi cabaran dan kemelut yang memerlukan penyelesaian segera.

Ia kerana keadaan itu memberikan tekanan yang ketara terhadap nilai harga dan aspek penanaman lada di negara-negara terlibat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, berdasarkan statistik Komuniti Lada Antarabangsa (IPC), penggunaan produk dari Industri lada pada 2022 mengalami penurunan sehingga 213,000 tan matrik berbanding 224,000 tan metrik tahun sebelumnya.

Penurunan itu sebahagian besarnya disumbang oleh pelarasaaan pemintaan dan pemulihan ekonomi global pasca pandemik.

Keadaan sama turut berlaku terhadap jumlah pengeluaran lada dunia yang pada tahun lalu hanya mencecah 537,000 tan metrik berbanding 548,000 tan metrik pada tahun 2021.

“Kemerosotan dalam bekalan menyerlahkan kepentingan untuk ahli IPC bersama membangunkan program yang bertujuan untuk meransang penggunaan lada.

“Inisiatif ini harus melangkaui pasaran tradisional membabitkan kerjasama antara negara anggota IPC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan merasmikan Persidangan Tahunan Ke-51 Komoniti Lada Antarabangsa dan Pameran Rempah-Ratus Antarabangsa  (IPCASMISE) di sini.

Tambah Datuk Seri Fadillah, keprihatian pengguna mengenai isu keselamatan makanan dalam memenuhi pemintaan pasaran menjurus kepada keperluan meletakkan piawaian keselamatan yang tinggi serta peraturan import yang ketat.

Justeru katanya, bagi membolehkan industri lada terus manpan, pendekatan dan strategi yang kolektif perlu dirangka segera bagi memperkasakan industri berkenaan terutamanya melibatkan aspek alam sekitar dan tenaga buruh.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini