comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kesan kenaikan harga bahan binaan perlu diteliti  – PKBM

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Projek berskala kecil dan serdahana membabitkan kontraktor gred G1 hingga G4 dilihat menerima kesan kenaikan kos bahan binaan setelah harga diesel diapungkan.

Justeru, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff meminta kerajaan mempertimbang agar kesan kenaikan ini diambil kira dalam pemberian kontrak sedia ada.

“Kesannya bukan hanya padabahan binaan tetapi juga kesan limpahan yang berlaku termasuk kos logistik dan sebagainya. Jadi kita merayu sekurang-kurangnya ada cakna daripada pihak kerajaan untuk memantau dan memastikan projek yang ada ini boleh diteruskan dengan baik.” kata beliau kepada Buletin Tv3.

Jelasnya, pihak persatuan juga meminta kerajaan mengadakan perbincangan dengan pemain industri untuk mengenal pasti kesannya perubahan harga diesel kepada industri.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai isu kenaikan harga bahan binaan di Parlimen, pagi tadi.

Dalam satu nota kajian, AmInvestment berkata harga bahan binaan termasuk simen mencatatkan peningkatan susulan penyasaran subsidi diesel.

Walau bagaimanapun, komponen kos lain seperti keluli mulai turun daripada kemuncak apabila bekalan bertambah dan import berharga lebih rendah dari China.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini