comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan wajar pikul tanggungjawab, bangunkan rumah mampu milik, hapus subsidi bersilang: REHDA

Oleh Amanda Lopez

SELANGOR: Kerajaan disaran memikul tanggungjawab pembangunan rumah mampu milik sepenuhnya — sepertimana yang diamalkan di banyak negara di serata dunia.

Pemain industri berpendapat ini dapat memastikan impak sistem subsidi bersilang yang meningkatkan harga rumah bagi golongan M40 dapat diatasi.

Presiden, Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk NK Tong berkata “Kami juga mula melihat masalah dengan subsidi bersilang ini kerana ia boleh menyebabkan projek lewat, sakit dan terbengkalai.

Tambahan, timbul situasi di mana subsidi bersilang ini meningkatkan harga perumahan M40 di mana ia siap dibangunkan namun unit rumah itu tidak dijual.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan video kepada TV3.

Subsidi bersilang yang amalkan ketika ini juga dilihat memberi tempias kepada pemaju berskala kecil dan sederhana yang tidak mempunyai kemampuan fiskal.

Jelasnya, dasar rumah mampu milik yang dibangunkan sepenuh-nya kerajaan, telah dilaksana 50 tahun lalu dilihat boleh diperkenalkan semula.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar mewajibkan pemaju memperuntukkan sebahagian projek untuk pembinaan rumah mampu milik, akan dikaji semula.

Loading...
Terkini