comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan Tidak Kecualikan Syarikat Pemula Dapatkan Pembiayaan

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak akan mengecualikan mana-mana syarikat pemula yang berpotensi menjadi ‘unicorn’ untuk mendapatkan bantuan dan pembiayaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini bagi mengelakkan syarikat pemula tempatan berhijrah ke negara lain, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya telahpun membuat pendirian dan arahan kepada MOSTI supaya tidak mengecualikan mana-mana ‘startup’ (syarikat pemula) daripada sektor berteknologi tinggi ini untuk dibiayai atau dibantu sehingga mereka mendapat beberapa siri pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan KL Venture Finance Forum 2022 dan sambutan ulang tahun ke-20 Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV).

Tambah beliau, walaupun syarikat pemula dilihat kecil, ia berpotensi untuk berkembang dengan pantas.

Untuk itu, MOSTI sedang merangka pelan hala tuju Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan, dan Inovasi (R&D&C&I) untuk menarik modal teroka antarabangsa ke dalam negara.

Ini bagi memberi sokongan terhadap syarikat pemula tempatan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran global.

Loading...
Terkini