comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan sedia terima maklumat daripada industri mengenai lambakan import-MITI

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menerima maklumat dan data terkini daripada pemain industri mengenai sebarang aduan membabitkan lambakan produk import.

 

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata ini bagi melindungi perniagaan tempatan dan memastikan jualan domestik tidak terkesan.

“Kami tidak akan secara khusus menyasarkan sesiapa atau mana-mana negara tertentu. Namun, setiap kali kami menerima aduan, MITI akan mengkaji dan menyemak sebarang aduan dengan teliti. Justeru, industri yang terkesan dengan lambakan atau jualan mereka terjejas, mereka boleh membuat aduan dengan MITI.”kata beliau selepas melancarkan laporan Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) mengenai status dan prospek industri besi dan keluli Malaysia siang tadi.

Jelasnya, kerajaan juga akan bertindak tegas jika terdapat bukti lambakan import menjejaskan produk tempatan.

Beberapa industri juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai isu terbabit.

Beliau mengulas mengenai tindakan Indonesia yang akan mengenakan tarif import sehingga 200 peratus ke atas barangan China bagi mengekang lambakan produk import daripada negara itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini