comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan perlu perluas cukai, terus kurangkan liabiliti – Penganalisis

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan kerajaan yang lebih baik ini memberi ruang fiskal untuk meneruskan agenda mengangkat taraf hidup rakyat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa sama, usaha memperkukuh hasil juga perlu diteruskan terutama menerusi perluasan sistem cukai.

“Apabila defisit ini dikecilkan maka liabiliti kerajaan Persekutuan akan turut merosot seiring dalam pengurangan dalam defisit fiskal. Justeru langkah-langkah seperti pengenalan cukai-cukai yang baharu, cukai yang mempunyai cakupan yang luas seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebaiknya diperkenalkan pada masa akan datang.” katanya kepada Buletin TV3 apabila diminta mengulas mengenai laporan Ketua Audit Negara.

Berhubung pengurusan liabiliti Persekutuan, laporan tersebut menunjukkan trend peningkatan dengan nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK meningkat kepada 81.8 peratus berbanding 78.0 peratus pada tahun 2022.

Jelasnya, peningkatan hasil perlu dijana untuk mengimbangi semula liabiliti kerajaan yang meningkat ke paras 81.8 peratus kepada KDNK.

Apapun, katanya peningkatan hasil kerajaan ini juga boleh disalurkan kembali kepada rakyat dalam bentuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan persekolahan yang lebih tinggi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini