comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan kaji teknologi rawat sisa kilang sawit – Johari Ghani

Datuk Seri Johari Abdul Ghani melihat kilang contoh yang menempatkan teknologi Rawatan Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME) yang dikenali RT-Eco di Seri Morib Palm Oil Mill.

Oleh: Suzila Idayu Yaacob 

BANTING: Kerajaan mengkaji penggunaan teknologi rawatan sisa kilang kelapa sawit bagi memastikan pengeluaran komoditi itu lebih mampan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga mengesahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti tahap keberkesanan teknologi itu sebelum ia digunakan secara meluas.

“Dalam industri sawit hari ini kita berdepan dengan isu alam sekitar. Dunia kalau nak beli minyak sawit kita ataupun industri lain yang melibatkan efluens, mereka akan teliti kaedah rawatan yang digunakan.

“Industri kelapa sawit ini sangat penting bagi negara kita dan Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar dalam industri sawit,” katanya pada sidang media sempena Pelancaran Demo Plant Merujaya Pome Solutions di Banting, Selangor.

Turut hadir, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Pengerusi Merujaya Pome Solutions Sdn Bhd, Tan Sri Dr SA Vigneswaran.

Teknologi RT-Eco ini dibangunkan bagi membantu pengilang sawit, khususnya yang berskala kecil.

“Ini adalah antara strategi yang kita galakkan iaitu memperbanyak inovasi baharu berkaitan membersihkan sisa efluen, sebelum ia disalurkan ke longkang,” katanya.

Ia menggunakan elektrokimia dalam memastikan sisa yang dihasilkan ketika pemprosesan minyak sawit adalah selamat dan boleh digunakan semula, sekali gus mematuhi standard kemampanan dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini