comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan, institusi kewangan rancang wujudkan pembiayaan peralihan tenaga

Rafizi menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kewangan dan Perbankan ASLI hari ini. FOTO: NSTP

Oleh: Afrina Romzi

PETALING JAYA: Kerajaan rancang untuk bekerjasama dengan pihak perbankan dan institusi kewangan untuk membangunkan pembiayaan peralihan tenaga.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ini bagi mewujudkan ekosistem yang menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada projek hijau akhir.

“Sektor perbankan dan kerajaan telah memperuntuk dana untuk projek hijau. Tetapi apabila kita bercakap mengenai peralihan tenaga, terdapat banyak projek yang mungkin tidak layak untuk mendapat pembiayaan hijau.

Contohnya untuk projek hidrogen, sangat baharu. Kemungkinan besar ia tidak akan melepasi penilaian standard perbankan dari segi pulangan. Jika terdapat pelan hala tuju 10 hingga 15 tahun untuk membangunkan ekonomi hidrogen, tidak wajar untuk menunggu semuanya siap. Pembiayaan wajar bermula dari sekarang,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) 2023 hari ini.

Tambah beliau, kerajaan telah peruntukkan RM2 bilion untuk projek peralihan tenaga melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Untuk itu, kerajaan akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk mengenalpasti jumlah peruntukkan untuk jenis pembiayaan tertentu.

Rafizi juga percaya inisiatif itu akan menerima sokongan pihak perbankan dan industri kewangan supaya pembiayaan baharu untuk peralihan tenaga ini dapat dilancarkan akan datang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini