Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan bantu PMKS kurangkan harga peralatan AI – Gobind

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berunding dengan beberapa syarikat teknologi untuk mengurangkan harga peralatan kecerdasan buatan (AI) bagi kegunaan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Pengumuman mengenainya dijangka dibuat suku pertama tahun depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata kerajaan sasar ekonomi digital sumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025 dan kementerian yakin akan melangkaui sasaran berkenaan.

“Salah satu caranya menerusi pemerkasaan komuniti terbesar dalam negara iaitu PMKS. Bagaimana melaksanakannya? Kerajaan harus mencari jalan untuk memastikan lebih penggunaan alat AI dalam operasi PMKS dan ia membabitkan kesedaran.” kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas pelancaran National Ai Office (NAIO), di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, usaha ini penting kerana PMKS mewakili 97 peratus perniagaan dalam negara.

Tambahnya, pejabat NAIO yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyelaras libat urus bersama sektor PMKS.

Ia bagi membantu kerajaan menyusun rancangan lebih berkesan dalam usaha digitaliasasi PMKS.

Dalam pada itu, Gobind berkata tumpuan kepada infrastruktur, keselamatan dan bakat teras adalah utama pendigitalan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini