comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kementerian Kewangan akan selesaikan isu permohonan eMADANI ditolak

Foto: NSTP

GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

“Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta di sini, hari ini.

Lim berkata, ramai individu yang sudah mendapat bantuan kredit eMADANi sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas, namun terdapat juga permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius.

Mengulas mengenai pertikaian dalam media sosial susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas rombakan Kabinet Selasa lepas, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.

“Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna … setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan.

“Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya yang menerima ucapan tahniah daripada Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Lim sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini