comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KDNK diunjur berkembang lebih baik 4.8 peratus tahun depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 ekonomi Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus dari tahun ke tahun selain mengekalkan sasaran 3.8 peratus untuk 2023.

“Walaupun kami meramalkan KDNK 2023 pada 3.8 peratus, yang mana ia berada di bawah sasaran rasmi 4.0 hingga 5.0 peratus, kami melihat momentum akan tercetus menjelang 2024 pada 4.8 peratus.

“Berikutan pertumbuhan yang lebih baik, kami membayangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus meningkat kepada 3.25 peratus pada 2024 berbanding 3.0 peratus pada 2023,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota hari ini.

Walaupun HLIB membayangkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kekal pada baki 2023, OPR diunjurkan terus menokok kepada paras normal 3.25 peratus pada 2024, berikutan jangkaan momentum pertumbuhan yang lebih baik.

Ia juga menjangkakan Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kepada 2.8 peratus pada 2023 daripada 3.3 peratus yang dicatatkan semasa tahun lalu dan susut lagi kepada 2.5 peratus pada 2024, dengan kesan rasionalisasi subsidi yang agak kecil.

Mengulas mengenai Belanjawan 2024, HLIB mengunjurkan defisit fiskal Malaysia untuk disatukan lagi kepada 4.1 peratus daripada KDNK pada 2024, disokong oleh peningkatan dalam KDNK selain ketiadaan pembayaran balik bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kerajaan dijangka memajukan pelan rasionalisasi subsidi yang disasarkan, yang kami fikir akan memberi tumpuan kepada tenaga elektrik dan diesel, yang berpotensi memberi penjimatan antara RM20 bilion serta RM25 bilion atau 1.1 hingga 1.3 peratus daripada KDNK.

“Dalam hal ini, kerajaan akan memanfaatkan sistem Pangkalan Data Pusat (PADU), kemungkinan akan siap pada Januari 2024, yang akan digunakan sebagai pusat rujukan bagi menyasarkan bantuan,” katanya.

HLIB menganggap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin tidak akan dipaparkan dalam Belanjawan 2024, memandangkan kebimbangan kos sara hidup.

Bagaimanapun, tambahan dalam kutipan hasil pada 2024 masih dijangka melalui cukai keuntungan modal ke atas saham tidak tersenarai dan pendigitalan untuk meningkatkan pematuhan cukai, tambahnya.

Loading...
Terkini