comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Kazakhstan mahu manfaatkan Fintech Islam Malaysia

Oleh: Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR:Kazakhstan berharap untuk memanfaatkan teknologi kewangan (fintech) Islam Malaysia bagi memantapkan pertumbuhan industri itu di Asia Tengah.

Fintech Islam tempatan boleh berkembang lebih pantas menerusi pembangunan dasar, teknologi dan bakat yang disediakan Kazakhstan.

“Kazakhstan mempunyai fintech yang sangat maju tetapi kami tidak mempunyai fintech Islam dan pembiayaan Islam. Malaysia mempunyai kecekapan dalam pembiayaan islam dan kami cuba menggabungkan kemampuan ini di Kazakhstan.

Bulat Sugurbayev, Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia

Malah syarikat kewangan Malaysia boleh menjadikan Kazakhstan sebagai hub pelaburan bukan sahaja di Kazakhstan malah di rantau ini” kata Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev.

Katanya, faktor geografi dan infrastruktur yang baik turut membolehkan syarikat Malaysia meneroka pasaran baharu seperti Asia Selatan, Iran dan Pakistan.

Kazakhstan turut berhasrat menjadi hub serantau bagi pengedaran minyak sawit malaysia dan produk lain di Asia Tengah, Russia dan Kesatuan Eurasia.

Selain itu, industri perabot dan farmaseutikal tempatan antara sektor yang berpotensi mengukuhkan kedudukan Kazakhstan sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di rantau itu.

Loading...
Terkini