Oleh: Suzila Idayu Yaacob
KUALA LUMPUR: Kenaikan simpanan asas persaraan kepada RM390,000 dilihat penting bagi membolehkan rakyat merancang kewangan dengan lebih realistik.
Langkah yang dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tepat memandangkan kali terakhir nilai itu disemak adalah lima tahun lalu.
Menurut Penyelidik Khazanah Research Institute (KRI), Puteri Marjan Megat Muzafar, nilai RM240,000 atau RM1,000 sebulan yang ditetapkan sebelum ini terlalu rendah jika mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan kesihatan semasa.
“Simpanan asas baharu ini menggangarkan kita memerlukan sebanyak RM390,000 atau RM1,625 sebulan. Walaupun nilai ini dilihat sedikit rendah tetapi ia satu langkah yang wajar dan semakan ini harus dilakukan secara berkala untuk mencerminkan keperluan sebenar di hari tua,” katanya kepada Buletin TV3.
Turut senada, Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli yang melihat kenaikan itu satu peluang untuk rakyat menilai semula perbelanjaan dan simpanan persaraan mereka.
“Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan kos sara hidup lebih meningkat, strategi kewangan yang kukuh telah menjadi keperluan dan bukan lagi pilihan.
“Pelaksanaan gaji minimum dan gaji progresif yang akan dilaksanakan tahun depan memang akan membantu tetapi kenaikan gaji masih tidak mencukupi,” katanya.
Semalam, KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah simpanan asas akan dinaikkan secara berperingkat sebanyak RM50,000 setiap tahun untuk tempoh tiga tahun dengan RM290,000 menjelang 1 Januari 2026; RM340,000 menjelang 1 Januari 2027 dan RM390,000 menjelang 1 Januari 2028.
Operasi ditamatkan sepenuhnya selepas pihak bomba mengesahkan tiada ancaman bahaya di lokasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.