comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Johor catat peningkatan eksport tertinggi bulan lalu

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Prestasi eksport bernilai RM128.2 bilion pada Mei 2024, meningkat sebanyak RM8.7 bilion atau 7.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (RM4.6 bilion), Pulau Pinang (RM2.6 bilion), Selangor (RM1.1 bilion), Perak (RM779.7 juta), Sabah (RM711.9 juta), Pahang (RM549.8 juta), Terengganu (RM533.5 juta), Negeri Sembilan (RM340.9 juta) dan Kedah (RM332.4 juta).

Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kuala Lumpur sebanyak RM1.3 bilion, Labuan (-RM633.1 juta), Sarawak (-RM624.9 juta), Kelantan (-RM360.9 juta), Melaka (-RM201.1 juta) dan Perlis (-RM27.2 juta).

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.1 peratus, diikuti oleh Johor (23.3 peratus), Selangor (18.2 peratus), Sarawak (7.0 peratus) dan Kedah (4.4 peratus).

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir memaklumkan import pada bulan Mei 2024 meningkat RM14.3 bilion (13.8 peratus) berbanding bulan yang sama pada 2023.

Beliau berkata, peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (RM5 bilion), Pulau Pinang (RM3.1 bilion), Kuala Lumpur (RM2.1 bilion), Kedah (RM1.5 bilion), Melaka (RM1.1 bilion),Selangor (RM1.1 bilion), Negeri Sembilan (RM816.4 juta), Labuan (RM92.1 juta), Pahang (RM89.2 juta), Kelantan (RM39.6 juta), Perak (RM34.3 juta) dan Perlis (RM11.4 juta).

Walau bagaimanapun, katanya nilai import jatuh di Sarawak sebanyak RM659.3 juta, Terengganu (-RM157 juta) dan Sabah (-RM77.2 juta).

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 25.4 peratus, diikuti oleh Johor (23.9%), Pulau Pinang (20 peratus), Kuala Lumpur (7.7 peratus) dan Kedah (5.5 peratus).

Secara keseluruhan, Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM246.3 bilion pada Mei 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM128.2 bilion dan RM118.1 bilion.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini