comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

JCorp perkukuh portfolio pembangunan industri, perbandaran

Onn Hafiz (tujuh dari kiri) bersama Syed Mohamed (lapan dari kiri) pada Majlis Pelancaran JLG di Johor Bahru – FOTO: Facebook/ Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) dalam perancangan untuk mengembangkan portfolio pembangunan industri dan perbandaran bahagian pelaburan hartanah, JLand Group Sdn Bhd (JLG).Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, berkata JLG yang juga anak syarikat JCorp itu mempunyai pencapaian yang baik dan berjaya merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM45.6 bilion sepanjang tahun lalu.

Katanya, perancangan itu membabitkan hartanah berkualiti dan bermutu tinggi bukan sahaja dalam negara, tetapi juga pasaran antarabangsa.

“Misi JLG adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian hartanah sehenti yang memberikan kelebihan kompetitif kepada perniagaan sambil memenuhi keperluan, aspirasi dan kitaran hayat perniagaan, industri dan generasi akan datang.

“JLG juga akan bekerjasama rapat dengan peserta industri bagi mengenalpasti, merintis dan mengguna pakai teknologi serta penyelesaian baharu dalam sektor hartanah dan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran JLG secara rasmi yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini, semalam.Menurut Syed Mohamed, sekarang adalah masa paling sesuai untuk JLG meneroka bidang pertumbuhan baharu dalam sektor hartanah dan infrastruktur dengan mengambilkira peluang semasa.

“JCorp mahu membina sebuah entiti ulung yang memberi tumpuan terhadap teknologi, inovasi dan infrastruktur dalam ekonomi baharu.

“Manakala, JLG adalah platform untuk mengukuhkan inovasi dan kecekapan modal bagi menjamin ekosistem perniagaan mampan.”Perniagaan teras JLG terdiri daripada empat tunggak iaitu pembangunan hartanah, pengurusan kitaran hayat aset, pelaburan hartanah serta infrastruktur dan itiliti. Empat bidang ini merangkumi pelbagai industri dalam negara dan luar,” katanya.

Loading...
Terkini