Tumpuan :
Detik Niaga

IPO perluas tawaran produk pembrokeran Mercury Securities

KUALA LUMPUR: Mercury Securities Group Bhd (Mercury Securities) yang bakal menjadi syarikat pembrokeran pertama disenaraikan dalam tempoh 20 tahun lalu, merancang memanfaatkan penyenaraiannya untuk mempeluaskan tawaran produk dan perkhidmatannya.

Pengarah Urusannya, Chew Sing Guan, berkata penyenaraian syarikat itu pada 19 September depan di Pasaran ACE Bursa Malaysia akan terus menyaksikan ia berinovasi dan mendigitalkan perniagaan dalam menghadapi persaingan syarikat pembrokeran di Malaysia.

“Dengan rangkaian pelbagai produk dan perkhidmatan tawarkan termasuk pembrokeran saham, kewangan korporat, perdagangan proprietari, pembiayaan margin dan khidmat nasihat penyelidikan, kustodian dan perkhidmatan penama, kami memulakan perjalanan yang bukan sekadar pencapaian korporat, tetapi batu loncatan untuk kumpulan meraih pencapaian lebih tinggi dalam pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Mercury Securities di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Mercury Securities, Teoh Wee Tong; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Investment Bank Bhd, Alyn Lim Geok Lian.

Menerusi prospektus IPO, Mercury Securities akan meraih dana berjumlah RM39.27 juta menerusi terbitan 157.09 juta saham pada harga terbitan 25 sen sesaham.

Loading...
Terkini