Tumpuan :
Detik Niaga

IPO MYMBN naik 7 sen, premium 33.3 peratus

KUALA LUMPUR: MYMBN Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, dibuka pada 28 sen, naik tujuh sen atau 33.3 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu sebanyak 21 sen.

Semasa sesi itu, syarikat terbabit dalam pemprosesan dan penjualan sarang burung yang boleh dimakan (EBN), menyaksikan 9.21 juta sahamnya diniagakan.

Pengerusi MYMBN, Liw Chong Liong, berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap EBN keluaran Malaysia telah menyaksikan lonjakan yang ketara, bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga di peringkat global, terutamanya di negara seperti China dan Vietnam.

“Oleh itu, kami telah membentangkan beberapa inisiatif untuk memanfaatkan prospek industri kami yang menjanjikan ini dan untuk mengembankan pangkalan pelanggan kami di kedua-dua pasaran tempatan dan serantau.

“Ia termasuklah mengembangkan ibu pejabat kami dan kemudahan pemprosesan, berkembang kepada pemprosesan dan penjualan RCEBN di China melalui pemerolehan sebuah syarikat yang dikenal pasti berpangkalan di China, menubuhkan tiga pusat pengumpulan sarang burung di Malaysia Timur,berkembang ke Vietnam dan juga produk sarang burung sedia diminum yang halal,” katanya dalam kenyataan sempena penyenaraian syarikat itu hari ini.

Menerusi penyenaraian itu, MYMBN dijangka meraih RM20.58 juta.

Daripada jumlah itu, RM8.05 juta akan diperuntukkan untuk modal kerja dan perbelanjaan modal berkaitan untuk pembesaran ibu pejabat dan kemudahan pemprosesan sedia ada.

MYMBN memperuntukkan RM6.6 juta untuk membiayai pembelian tambahan sarang burung mentah untuk sarang burung mentah yang boleh dimakan yang tidak bersih (RUCEBN).Kira-kira RM1.68 juta daripada kutipan akan diperuntukkan untuk menubuhkan tiga pusat pengumpulan sarang burung di Malaysia Timur.

Manakala RM1.25 juta akan diperuntukkan untuk pengembangan segmen pemprosesan dan penjualan sarang burung mentah yang boleh dimakan bersih (RCEBN), dan baki RM3 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Loading...
Terkini