KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mantap yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minima, mengumumkan peruntukan bahagian kepada orang ramai Malaysia daripada tawaran awam permulaan (IPO) telah terlebih langgan sebanyak 59.46 kali.
IPO DC Healthcare membabitkan terbitan 199.26 juta saham biasa yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 49.81 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan 99.63 juta saham sedia ada manakala 29.89 juta saham diperuntukkan kepada pengarah dan pekerja Kumpulan yang layak; dan 119.56 juta saham kepada pelabur terpilih.
DC Healthcare memperuntukkan sebanyak 17,614 permohonan untuk 3,011,662,400 saham dengan nilai RM752,915,600.00 untuk dilanggan oleh orang awam Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 59.46 kali.
Daripada jumlah ini, sejumlah 7,509 permohonan untuk 1,052,785,400 Saham IPO telah diterima untuk bahagian Bumiputera, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 41.27 kali.
Bagi bahagian awam Malaysia yang selebihnya, sejumlah 10,105 permohonan untuk 1,958,877,000 Saham IPO telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 77.65 kali.
29.89 juta Saham IPO yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya. Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr Chong Tze Sheng berkata, pihaknua ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur atas kepercayaan mereka terhadap DC Healthcare dan pasukan di belakangnya.