Tumpuan :
Detik Niaga

Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan dua tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) selama dua tahun berturut-turut bagi memastikan kebajikan pekebun kecil getah tempatan terus terbela.

Dalam hantaran di laman Facebook hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata sepertimana diumumkan dalam Belanjawan 2024, paras harga pengaktifan IPG telah dinaikkan kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM400 juta.

“Namun begitu, bantuan IPG untuk beberapa tahun tidak meningkat (seiring) mengikuti peredaran kos sara hidup. Akibatnya, pekebun-pekebun kecil getah ini hanya menambah beban kepada diri sendiri jika ingin meningkatkan produktiviti.

“Secara tidak langsung, bantuan ini memastikan hasil pengeluaran getah negara kekal anjal, tidak kira (dengan) perubahan harga pasaran,” kata kementerian itu.

IPG merupakan bantuan kerajaan kepada kalangan pekebun kecil getah bagi menangani impak kejatuhan harga getah terhadap pendapatan mereka.

Insentif yang dilaksanakan sejak 2015 itu juga bertujuan mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran adalah rendah selain menggalakkan mereka untuk meneruskan aktiviti menoreh.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini