Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Inflasi reda luar jangkaan, 2.8 peratus pada Mei

 

KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia terus mereda di luar jangkaan kepada 2.8 peratus pada Mei 2023, demikian kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kadar inflasi itu lebih perlahan berbanding 3.3 peratus yang dicatatkan pada April 2023.

DOSM dalam satu kenyataan, berkata inflasi Malaysia terus reda kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.2 berbanding 126.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

FOTO: NSTP

Ia berkata, kenaikan inflasi di Malaysia masih kekal didorong oleh kenaikan lebih tinggi restoran dan hotel (6.7 peratus) berbanding April 2023 (6.6 peratus).

Namun begitu, peningkatan perlahan berbanding bulan sebelumnya bagi beberapa kumpulan seperti makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 5.9 peratus; pengangkutan sebanyak satu peratus dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah sebanyak 2.7 peratus, sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi.

Loading...
Terkini