Tumpuan :
Detik Niaga

Industri pertanian perlu seragamkan data

Oleh: Farah Nabilah Wazer

KUALA LUMPUR: Industri pertanian memerlukan sebuah portal khas untuk pengumpulan data pertanian standard dan seragam.

Ia bagi meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat dalam sektor itu.

Pakar pertanian digital, Redza Imran berkata, melalui portal itu, maklumat berkaitan pertanian dapat diakses dengan mudah dan cepat oleh petani, penyelidik serta pembuat dasar.

“Sudah tiba masanya orang awam mengetahui maklumat mengenai agrikultur supaya syarikat yang melakukan penyelidikan pertanian boleh menggunakan data tersebut untuk memajukan industri,” katanya.

Beliau yang ditemui dalam Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini, hari ini berkata, portal itu sekaligus menyokong perancangan strategik pertanian di peringkat tempatan dan nasional.

Ia juga dapat membantu mempercepatkan proses pengurusan ladang, analisis hasil tanaman, dan pengagihan sumber, menjadikan operasi pertanian lebih cekap.

Selain itu, penyediaan data yang seragam melalui portal tersebut turut menyokong pembuat dasar mengenal pasti keperluan sebenar sektor pertanian dan merangka dasar yang lebih berkesan untuk kesejahteraan petani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini