Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks Peralihan Tenaga: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara

Oleh: Juliana Pija Ismail

PUTRAJAYA: Forum Ekonomi Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara terbaik dalam Indeks Peralihan Tenaga yang mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pencapaian itu membuktikan Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga pantas, selamat dan berpatutan.

“Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan seperti lokasi yang strategik, sumber tenaga boleh baharu dan tahap kemahiran yang tinggi untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang peralihan tenaga”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan seperti lokasi strategik, sumber tenaga boleh baharu dan tahap kemahiran yang tinggi untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang peralihan tenaga.

Justeru, negara mampu menarik pelaburan global dalam sektor teknologi bersih yang telah mencecah RM5 trilion pada 2022 dan nilai itu juga dijangka meningkat pada tahun mendatang.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga negara Fasa 1 pada 27 Julai ini.

Hala tuju itu memberi tumpuan kepada 10 projek rintis perdana yang menjana pelaburan RM25 billion, mewujudkan 23,000 peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi serta pengurangan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram setahun secara kumulatif.

Loading...
Terkini